Klik..Klik..

Wednesday, 15 February 2012

HaDaPi KeReNaH TiDo AnAk

                            

Ibu bapa perlu sedar bayi dan kanak-kanak memerlukan tidur yang cukup dan berkualiti. Ini kerana tidur adalah elemen kesihatan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang. Tidak menetapkan rutin waktu tidur dan tidak mendapat tidur yang baik dalam jangka panjang akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak, sistem imunisasi, daya ingatan, kebolehan belajar dan kesihatan anak. Justeru, penting bagi ibu bapa mempraktikkan rutin waktu tidur yang tetap kerana ini dapat mengajar kanak-kanak untuk lebih tenang dan tidur lena setiap malam.

PANDUAN MEMBENTUK TABIAT TIDUR YG BAIK :
  • Lakukan aktiviti pada siang hari.
Pada waktu siang, lakukan aktiviti bersama-sama dengan bayi. Misalnya mengajaknya berbual-bual bersama, menyanyi atau bermain. Biasakan bayi dengan kebisingan rumah seperti bunyi orang memasak, televisyen atau penyedut hampa gas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.

  • Pantau tidur siang anak anda.
Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.

  • Ikut rutin waktu tidur yang konsisten.
Sebelum tidur, mandikan dia, buat urutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.

  • Tidurkan bayi ketika mengantuk.
Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya. 
Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya kemas daripada anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa sedar.

  • Beri masa untuk dia bertenang.
Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan. 
Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur 
yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya. 
Bagaimanapun, jika anda merasakan dia lapar atau terganggu dengan mimpi ngeri dan tangisannya tidak berhenti, bercakaplah dengannya secara tenang. Anda juga boleh membelai dan menepuk belakangnya. Dengan cara begitu, dia tahu anda ada di sisinya dan membantu untuk dia tidur.

  • Pastikan malamnya sentiasa gelap.
Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahayanya. 
Suara anda juga harus perlahan. Ia membantu memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.


  • Elakkan menonton televisyen
Elakkan anak-anak tidur di ruang tamu sambil menonton televisyen. Pastikan ibu bapa menetapkan rutin menonton sebelum waktu tidur kemudian tidak membenarkan anak-anak menonton lagi. Ini bagi memastikan mereka memahami rutin tidur harian mereka.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...