Klik..Klik..

Wednesday 15 February 2012

HaDaPi KeReNaH TiDo AnAk

                            

Ibu bapa perlu sedar bayi dan kanak-kanak memerlukan tidur yang cukup dan berkualiti. Ini kerana tidur adalah elemen kesihatan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang. Tidak menetapkan rutin waktu tidur dan tidak mendapat tidur yang baik dalam jangka panjang akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak, sistem imunisasi, daya ingatan, kebolehan belajar dan kesihatan anak. Justeru, penting bagi ibu bapa mempraktikkan rutin waktu tidur yang tetap kerana ini dapat mengajar kanak-kanak untuk lebih tenang dan tidur lena setiap malam.

PANDUAN MEMBENTUK TABIAT TIDUR YG BAIK :
  • Lakukan aktiviti pada siang hari.
Pada waktu siang, lakukan aktiviti bersama-sama dengan bayi. Misalnya mengajaknya berbual-bual bersama, menyanyi atau bermain. Biasakan bayi dengan kebisingan rumah seperti bunyi orang memasak, televisyen atau penyedut hampa gas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.

  • Pantau tidur siang anak anda.
Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.

  • Ikut rutin waktu tidur yang konsisten.
Sebelum tidur, mandikan dia, buat urutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.

  • Tidurkan bayi ketika mengantuk.
Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya. 
Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya kemas daripada anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa sedar.

  • Beri masa untuk dia bertenang.
Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan. 
Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur 
yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya. 
Bagaimanapun, jika anda merasakan dia lapar atau terganggu dengan mimpi ngeri dan tangisannya tidak berhenti, bercakaplah dengannya secara tenang. Anda juga boleh membelai dan menepuk belakangnya. Dengan cara begitu, dia tahu anda ada di sisinya dan membantu untuk dia tidur.

  • Pastikan malamnya sentiasa gelap.
Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahayanya. 
Suara anda juga harus perlahan. Ia membantu memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.


  • Elakkan menonton televisyen
Elakkan anak-anak tidur di ruang tamu sambil menonton televisyen. Pastikan ibu bapa menetapkan rutin menonton sebelum waktu tidur kemudian tidak membenarkan anak-anak menonton lagi. Ini bagi memastikan mereka memahami rutin tidur harian mereka.

Tuesday 14 February 2012

Dihah Tunggang Kuda

Dihah dh berani naik kuda cam x caye plak sbb dulu mmg die x berani walaupon naik kuda berteman...tp skrg lihat la sampai x mo turun dari kuda tue...kuda yang dihah naik nie pilihan die sendiri...




Mase nie cam takut nak bgambar sbb diapit oleh 2 ekor kuda n kuda tue bergerak2 tp bile penjaga nye marah baru dok diam2...tp masih takut gak!

Friday 3 February 2012

Malaysia Cultural Village at KL Tower

Malaysia cultural village nie mempamerkan rumah2 bg setiap negeri di Malaysia tp x sume negeri la ade...yg ade salah satu nyer rumah yg kami bgambar tue rumah negeri Pahang dan Terengganu.








Thursday 2 February 2012

KL Tower Animal Zone


Cuti ari wilayah kami sekeluarga ke kl tower jejalan tp x naik tower pon jalan kat kawasan bawah je sebab ari tue dh janji ngan dihah nak bwk pi tgk haiwan kat Zoo Negara tp x jadi ade hal lain. So smlm bwk die ke kl tower je sbb kat situ ade mini zoo ok la ade gak haiwan cume x byk mcm kat zoo negara. Next time bwk dihah pi zoo negara, walaupun mini zoo tp dihah tetap seronok tgk haiwan2 yg ade dlm tue....tp yg best nyer dihah berani pegang ular sawa (tp x sempat nak snap pic die)...hehehehe...so layan pic k...



Bayaran masuk...


Laluan ke dalam mini zoo...xde ar beso sgt zoo nie, namanyer pon mini zoo kan...tp ok la! cume jalan kat sini byk batu2 hiasan cam susah qiesya nak bjalan...


Ini wajah2 ceria dihah n qiesya mase kat mini zoo nie..







Antara haiwan2 yg ade kat mini zoo nie...



Turtle ade 2 kepala...












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...